Tuesday, July 28, 2015

Hakuna matata.




Pernah tak kau rasa,
bila kau baru semangat nak buat sesuatu benda yang kau betul-betul target,
tapi manusia musnahkan dengan kata-kata negatif?

Bila kau baru nak mengorak langkah untuk hidup baru,
manusia sekat dengan cerita kau yang dah lalu tu? Cerita yang kau dah tak nak ulang atau ingat balik.

لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا 
"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."
At Taubah:40

Anggap sahaja mereka tak nak kau keluar dari penjara yang dah lama kau dikurung. Mereka nak kau tetap tinggal di situ dan dengar setiap arahan mereka! Dan kau? Ya, ikut arahan.

Aku kurang faham.
Kenapa bila ada lompong yang bersinar harapan, mereka nak kambus dengan tanah.
Bila kau tak ada apa-apa untuk ditunjuk pada mereka & dunia, mereka sibuk menabur kembali cerita busuk yang kau dah tanam tu.

"Ikut hati mati, 
ikut rasa binasa."

Bagi aku, 
aku lebih rela ikut kata hati. Kerana, aku sudah meletakkan Tuhanku di situ. Allah sudah bersemayam di hati. Kata hati takkan mati kalau ada Allah dekat situ. Rasa takkan binasa jika Allah yang menggerakkan deria itu. 

Bukan besar kepala atau degil, 
tapi kita kena lebih percaya dengan perancangan Dia Yang Maha Kuasa, berbanding manusia.
Kau tidak akan gentar bila Allah mendahului segalanya dari benda yang ada di dunia ini.

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram"
Ar Ra'd:28

Wallahualam & wassalam.




4 comments:

  1. betul2.. kalau semua nak ikut kata org last2 diri kita x jadi apa...
    buat la apa yang kita suka asalkan tak langgar batas2 dan kita hppy..


    Blogwalking sini

    Dah tua rupanya diri ini

    Jual Kain English Cotton Cantik

    ReplyDelete
  2. Sebagai manusia, kita takkan terlepas dr pengaruh negatif, terutamanya dr orang sekeliling.
    Harap2 kita sama-sama kuat menempuh kehidupan.

    Salam singgah :)

    ReplyDelete
  3. ada masa kdg tu kita tak perlu peduli apa org cakap :)

    ReplyDelete
  4. lakukan apa yg kita rasa betul..itu lebih baik dr mnyerah sebelum mencuba.. :) InsyaAllah, setiap yg Allah rencanakan ada hikmahnya :)

    ReplyDelete