Tuesday, November 25, 2014

Post penting.




Setiap orang, ada masalah tersendiri.
Life sendiri.

Tapi kan, 
bila seseorang tanya pada diri kita,
macam mana kehidupan kita, dan kita tak balas. Kau nak tahu kenapa?

Huh.

Itu maksudnya, kau tak penting mana pun. Kau tak layak tahu pasal kehidupan dia.

Macam yang aku buat, dekat kawan aku yang seorang ni. Aku tak pastilah, nak gelar dia kawan aku lagi ke tak. Sebab, dia dah jarang gila tegur aku walaupun kami ni duduk di pulau Labuan.

Masa sekolah dulu, aku dan dia lah yang paling gila-gila. Ke mana je, kalau ada dia, mesti ada aku.
Tapi lepas habis SPM.. PUFFF! Senyap macam tu je. Jarang jumpa.

Ah, aku tak terasa hati pun. Sebab aku memang dah tahu sikap dia macam tu. Sikap apa? 

"Dapat kawan baru, 
lupa kawan lama."

Dulu, memang rasa kecil hatilah bila dia ignore aku, dia enjoy kawan dia yang ber IQ tinggi. Tapi, sekarang aku dah faham. Aku tak hairan. Mungkin, aku ni tempat dia nak berteman sementara. Dah ada kawan dia yang lain, dia lupa.

Untuk kau, kalau kau baca ni, kalaulah. Kalau kau nampak post aku ni, aku tuju kat kau. Untuk kau yang lupa kawan. Alah, kau tak penting mana pun dalam hidup aku. Memang aku bergelak ketawa dengan kau, itupun aku ikut rentak kau. 

Kerana aku tahu, siapa sahabat aku yang sebenar. Yang tak pernah miss cerita pasal life aku, sejak aku diduga olehNya.

Thursday, November 20, 2014

Gentayangan.




Bismillahnirrahmannirrahim.

Tak semua benda yang kita nak cakap, terluah.
Apa yang terluah tu sekadar yang mampu, selebihnya tersekat di celah kerongkong. Sekadar berlegar di kotak fikiran.

Sempit.

Semakin lama, semakin menyesakkan dada.
Rasa terhimpit dengan dunia yang luas ni.

Kadang, aku tanya diri sendiri.

"Betul ke ini cara jalan hidup kau?"

"Kenapa semakin aku bergerak ke hadapan, semakin sesak aku rasakan?"

Aku tak pasti. 
Pertanyaan untuk diri sendiri yang aku tak mampu jawab.

Apa yang penting,
makin aku tak pasti.
Adakah semua amalanku diterimaNya?
Setelah bertekad tinggalkan dunia jahil.
Atau --
Sekadar terawangan di langit,
hanya dosa-dosaku yang diambil kira?

Entahlah.

Thursday, October 2, 2014

Seraut wajah itu.





Bila aku rindu,
aku tak perlu meragau mencari sekeping gambarmu.
Yang ku lakukan;
menutup mata, 
tangan ke dada.
Wajahmu ada di situ,
berserta sebaris namamu.

Ku titipkan bisikan doa pada Rabb,
semoga ikatan ini menjalin lembaran ke syurga.

Thursday, September 11, 2014

Insatisfeito.



Kita, memang tak boleh puaskan hati orang lain,
dengan apa yang kita buat,
untuk selamanya.

Setiap langkah,
Setiap perbuatan,
Setiap butir perkataan,
Mesti ada insan-insan yang cuba cari kesalahan kau;
sekaligus tolak tepi kebaikan yang kau dah buat.

Segunung kebaikan kau buat;
Orang pura-pura tak nampak.
Sekecil zarah kejahatan kau lakukan;
Orang memandang kau sinis,
sindir menyindir.

Apa yang kau perlu buat;
Tak perlu kisah,
buat apa yang boleh menggembirakan hati kau,
yang boleh memuaskan hati kau.

Itu je.

Tuesday, September 9, 2014

Friday, August 15, 2014

Gusar.



"Ya Rabb,
Engkau tahu apa yang sering bermain di fikiranku,
terlintas di hatiku.
Sesungguhnya, hanya Engkau lah yang Maha Mengetahui.
Jangan Engkau uji aku dengan sesuatu yang tidak 
aku mahu ia berlaku, yang boleh merosakkan
kebahagiaan aku kelak.
Hati aku tak kuat untuk terima ujian itu.
Aku rela jika Engkau uji dengan benda lain,
tapi tidak untuk itu."

- Tak ada sesiapa pun yang suka jika berlaku sesuatu keadaan yang mampu 
merapuhkan kebahagiaan yang kita sudah kecapi.

Wednesday, July 9, 2014

Move on.






Kita kena belajar untuk buang segala kenangan yang menyakitkan diri 
kita. Dan, bergerak ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. 
Tak kira sukar macam mana sekali pun.

Betul, kan?

Wednesday, June 4, 2014

Bius




Bagai dibius;
Aku hanya jadi pemerhati
dalam diam.
Menonton manusia beraksi,
melakonkan watak sendiri.
Di atas pentas opera hidup;
Ada yang telus.
Ada yang bersembunyi di sebalik topeng.