Tuesday, November 25, 2014

Post penting.




Setiap orang, ada masalah tersendiri.
Life sendiri.

Tapi kan, 
bila seseorang tanya pada diri kita,
macam mana kehidupan kita, dan kita tak balas. Kau nak tahu kenapa?

Huh.

Itu maksudnya, kau tak penting mana pun. Kau tak layak tahu pasal kehidupan dia.

Macam yang aku buat, dekat kawan aku yang seorang ni. Aku tak pastilah, nak gelar dia kawan aku lagi ke tak. Sebab, dia dah jarang gila tegur aku walaupun kami ni duduk di pulau Labuan.

Masa sekolah dulu, aku dan dia lah yang paling gila-gila. Ke mana je, kalau ada dia, mesti ada aku.
Tapi lepas habis SPM.. PUFFF! Senyap macam tu je. Jarang jumpa.

Ah, aku tak terasa hati pun. Sebab aku memang dah tahu sikap dia macam tu. Sikap apa? 

"Dapat kawan baru, 
lupa kawan lama."

Dulu, memang rasa kecil hatilah bila dia ignore aku, dia enjoy kawan dia yang ber IQ tinggi. Tapi, sekarang aku dah faham. Aku tak hairan. Mungkin, aku ni tempat dia nak berteman sementara. Dah ada kawan dia yang lain, dia lupa.

Untuk kau, kalau kau baca ni, kalaulah. Kalau kau nampak post aku ni, aku tuju kat kau. Untuk kau yang lupa kawan. Alah, kau tak penting mana pun dalam hidup aku. Memang aku bergelak ketawa dengan kau, itupun aku ikut rentak kau. 

Kerana aku tahu, siapa sahabat aku yang sebenar. Yang tak pernah miss cerita pasal life aku, sejak aku diduga olehNya.

17 comments:

  1. adeh. terasa lahh...
    kalau bagi saya.. bukan soal lupa kawan lama sebab dapat kawan baru.. cuma.. malu nak tegur balik.. kadang2 ade jugak approach dorang.. rasa awkward pulak.. hooho

    ReplyDelete
  2. takpelah org buat camtu kat kita aslkan jgn kita buat kat org lain cmtu k :)

    ReplyDelete
  3. Sabar ye Anis...yang penting kita bahagia dangan life kita..org mcm tu kita jgn peduli sgt nanti yang sakit diri kita jugak..juz go on n enjoy with ur life :)

    ReplyDelete
  4. alahai. sabar ye anis. akak pon skg kawan ada bape kerat je. huu

    ReplyDelete
  5. Ouch! Tiba-tiba terasa walaupun entri ni bukan untuk saya. Bukan part yang dapat kawan baru, lupa kawan lama tu. Tapi, part yang tak contact sangat dengan kawan.

    ReplyDelete
  6. hm , perasaan ni pun selalu la jugak rasa . sedih sangat kan? kawan jauh dh la memang seolah dh melupakan kita, sometimes kawan sebelah pun act like nak ignore kita . hm, hati . hati sentiasa berubah . kita sendiri tak boleh predict apa yang akan berlaku .
    hm, nak share jugak nasihat one of my friend kat saya bila saya cerita problems saya kat dia The Talking Diary . btw , be strong okay :)

    ReplyDelete
  7. Hm qiila pun tak tahu nak comment apa ekeke.
    Sbb idk whether qila yg dilupakan or qila yg lupa diorang sbb hiks.
    Time flies.
    Sedar sedar dah bertahun tak jumpa.
    Sedar sedar dah tak contact langsung.
    It's hard.... hehe.
    Tp qila rasa diorang yg lupa sbb pape yg qila buat dioranf ignore though,
    And bila tahu je qila cemni cemtu. Diorang tetiba tanya eh qila bla bla bla wtv lah. Kau yg lupa aku. Kau yg tak nak langsung tanya pasal aku. Haih.

    Penat kan. Sabor jelah. But life goes on!
    it is not the end of the world hehe

    ReplyDelete
  8. Kadang2 bz dgn life sendiri, lupa pasal hal orang. :)

    ReplyDelete
  9. Saya pun ada kawan baik yang dah jumpa kawan baru but so far Alhamdulillah dia tak lupa saya :)

    ReplyDelete
  10. alahai bertabahlah wahai hati ye..biasa la tu..kawan datang dan pergi tapi kita tetap kena teruskan kehidupan. yg penting hubungan kita dgn Allah tu jaga insyaallah :)

    Jemput Singgah UAA House

    ReplyDelete
  11. rasanya, semua org ada kawan mcm tu.. kekadang, kita beria contact dia.. terasa hati jugak, dia boleh contact kawan2 lain tapi bukan kita.. hurmmm.. mungkin saya juga ada kurangnya di situ..

    ReplyDelete
  12. sabar anis.. akak pon same jugak.. but life must go on.. smile.. :)

    ReplyDelete
  13. marahnye dia. sabar yea. takpe sorang kawan pergi, kalau kite tak jenis macam tu, nanti berpuluh2 lagi yg datang. :D

    ReplyDelete
  14. Ina pernah jumpa kawan macam ni.. Pantang nampak orang yg kaya je, mesti melekat macam sticker dengan orang tu. Then ina? Dibuang terbiar.. Sabar ye kak.. Insyaallah ada lagi kawan yg lebih baik & lebih setia untuk akak kat luar sana :D

    ReplyDelete
  15. Hmmmm...interesting. hee.. akak pernah lalui gak situasi ni. And pernah gak dilabel smbong. Tp, skp akak respon hanya pada yg bertanya. X tanya diam. Tak selesa, beware. Heee...

    ReplyDelete
  16. terasa memang terasa, tak tegur kang kata sombong. tapi bila kita tegur dan tanya khabar selalu, bukan dia pandang pun. buat dunno je. last last, lantak kau lah. hahahaha

    ReplyDelete
  17. mungkin sebab tu kott kawan ni ada macam2 label. daripada kawan, kemudian kwn baik, then kawan rapat, bff dan yg seumpama dgnnya lah..xpa, ramai lagi org lain yg blh jd kwn sejati kann... :D

    ReplyDelete