Thursday, September 11, 2014
Insatisfeito.
Kita, memang tak boleh puaskan hati orang lain,
dengan apa yang kita buat,
untuk selamanya.
Setiap langkah,
Setiap perbuatan,
Setiap butir perkataan,
Mesti ada insan-insan yang cuba cari kesalahan kau;
sekaligus tolak tepi kebaikan yang kau dah buat.
Segunung kebaikan kau buat;
Orang pura-pura tak nampak.
Sekecil zarah kejahatan kau lakukan;
Orang memandang kau sinis,
sindir menyindir.
Apa yang kau perlu buat;
Tak perlu kisah,
buat apa yang boleh menggembirakan hati kau,
yang boleh memuaskan hati kau.
Itu je.
Tuesday, September 9, 2014
Duka.
Di balik tawa dan senyumannya,
terselit sepi sendu di hati.
Friday, August 15, 2014
Gusar.
"Ya Rabb,
Engkau tahu apa yang sering bermain di fikiranku,
terlintas di hatiku.
Sesungguhnya, hanya Engkau lah yang Maha Mengetahui.
Jangan Engkau uji aku dengan sesuatu yang tidak
aku mahu ia berlaku, yang boleh merosakkan
kebahagiaan aku kelak.
Hati aku tak kuat untuk terima ujian itu.
Aku rela jika Engkau uji dengan benda lain,
tapi tidak untuk itu."
- Tak ada sesiapa pun yang suka jika berlaku sesuatu keadaan yang mampu
merapuhkan kebahagiaan yang kita sudah kecapi.
Wednesday, July 9, 2014
Move on.
Kita kena belajar untuk buang segala kenangan yang menyakitkan diri
kita. Dan, bergerak ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.
Tak kira sukar macam mana sekali pun.
Betul, kan?
Wednesday, June 4, 2014
Bius
Bagai dibius;
Aku hanya jadi pemerhati
dalam diam.
Menonton manusia beraksi,
melakonkan watak sendiri.
Di atas pentas opera hidup;
Ada yang telus.
Ada yang bersembunyi di sebalik topeng.
Subscribe to:
Posts (Atom)
