Saturday, August 29, 2015

Erti Merdeka sebenar.





Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Apa erti merdeka sebenar?
Hanya pada, kita sudah lepas dari tangan penjajah sematakah? Penjajah yang sama bangsa dengan kita, iaitu manusia?

Merdeka!

Apa definisi merdeka sebenarnya?
Ada apa pada sebutannya 'merdeka' itu sendiri?
Benarkah kita merdeka atau itu hanya sekadar pada bibir kita, tidak pada hati kita?

Merdeka!
Bererti - bebas dari kurungan, penjajahan, naungan. Tidak bergantung kepada yang lain.
Benarkah kita sudah merdeka.

Usah lihat sekeliling. Engkau sudah tahu keadaannya.
Engkau lihat pada diri engkau sendiri.
Tanya;
"Merdekakah aku?"

Bila mana engkau masih lagi terikat dengan kebendaan manusia.
Lebih penting dunia dari akhirat itu sendiri.
Merdeka kah kita?

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Dulu waktu kecil, 
betapa girangnya hati, bibir melagukan lagu patriotik, 
mengasak megah mengibar si jalur gemilang 14.
Bila sudah menginjak dewasa,
masih ada, dalam jiwa yang belum merdeka.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Buat Negaraku yang tercinta, Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 58. Hanya engkau yang bebas dijajah, tapi rakyatmu masih tercengkam ketat pada kongkongan dunia.

Buat anda,
selamat memerdekakan diri & Selamat Hari Merdeka.


Tuesday, July 28, 2015

Hakuna matata.




Pernah tak kau rasa,
bila kau baru semangat nak buat sesuatu benda yang kau betul-betul target,
tapi manusia musnahkan dengan kata-kata negatif?

Bila kau baru nak mengorak langkah untuk hidup baru,
manusia sekat dengan cerita kau yang dah lalu tu? Cerita yang kau dah tak nak ulang atau ingat balik.

لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا 
"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."
At Taubah:40

Anggap sahaja mereka tak nak kau keluar dari penjara yang dah lama kau dikurung. Mereka nak kau tetap tinggal di situ dan dengar setiap arahan mereka! Dan kau? Ya, ikut arahan.

Aku kurang faham.
Kenapa bila ada lompong yang bersinar harapan, mereka nak kambus dengan tanah.
Bila kau tak ada apa-apa untuk ditunjuk pada mereka & dunia, mereka sibuk menabur kembali cerita busuk yang kau dah tanam tu.

"Ikut hati mati, 
ikut rasa binasa."

Bagi aku, 
aku lebih rela ikut kata hati. Kerana, aku sudah meletakkan Tuhanku di situ. Allah sudah bersemayam di hati. Kata hati takkan mati kalau ada Allah dekat situ. Rasa takkan binasa jika Allah yang menggerakkan deria itu. 

Bukan besar kepala atau degil, 
tapi kita kena lebih percaya dengan perancangan Dia Yang Maha Kuasa, berbanding manusia.
Kau tidak akan gentar bila Allah mendahului segalanya dari benda yang ada di dunia ini.

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram"
Ar Ra'd:28

Wallahualam & wassalam.




Monday, July 13, 2015

Hanya NamaMu.



Tuan blog ni dah makin pemalas nak update blog.

Hi korang semua (terutama bloggers), apa khabar sihat? Dah lama tak bertemu, blogwalking blog korang, tinggalkan komen dan bla bla bla. Haih. Penyakit malas aku untuk update blog makin menjadi. Maaflah ye. Mana tahu ada yang rindu.

Never been busy lately, so do not ask me why I don't update sepanjang bulan Ramadan. Malas nak buat gerakan blogwalking woi.

Ah, korang semua dah buat kuih raya? Buat kuih apa? Atau kuih tunjuk je. Kihkih. Tahun ni, aku beraya dengan famili aku, jadi kena tolong mak buat kuih raya. Buat pun  tak banyak, 4 jenis je. Selebihnya kuih tunjuk di kedai.


Biskut mentega kacang.

Biskut Milo.

Dah siap 3 kuih raya, (satu lagi Cornflakes madu - tapi tak ada gambar). 1 lagi on the way, the beautiful Semperit. 

Lepas raya ni, aku akan jadi bertambah sibuk. Secara automatiknya, memang tak banyak masa dah nak blogging, blogwalking ni (huwaa). Aku jadi sibuk sebab.. Alhamdulillah. Aku dapat lanjutkan pelajaran peringkat Diploma. Memang bila Allah nak bagi rezeki, Dia takkan bagi direct. Dia beri kita pada masa yang betul-betul sesuai. 


Pesan aku di sini, jangan perlekehkan ampuh sebuah doa. Jadi, kalau kau ada sesuatu yang kau inginkan. Berdoalah. Allah dengar dan akan tunaikan jika apa yang kau minta itu membawa ke arah kebaikan. 



Tapi, kena ingat. Kau berdoa hari ini, Allah takkan tunaikan hari esok. Kenapa? Tak seronoklah kau berdoa, memohon sesuatu hajat tu sekejap je, Allah dah tunaikan. Mesti Allah nak uji kau dulu. Betapa sabarnya kau tunggu untuk sesuatu benda kau nak. Allah nak tengok, kau boleh ikut tak perintah Dia. Ye lah, mana boleh nak buat permohonan tanpa ikut arahan. Betul?

Jadi lepas ni, berdoalan bersungguh-sungguh. Jangan putus asa bila Allah tak tunaikan. Bukan Allah reject doa kau, tapi Allah nak beri apa yang kau nak tu pada masa sesuai. Kalau Dia tak beri, pasti Dia nak ganti dengan sesuatu yang lebih baik. Bersangka baik dengan Allah.

Nampak tak, entri aku serabut. Atas lain, bawah lain. Semua bercampur-aduk, macam resepi kuih raya. Hehe. 

Dah sampai ke penghujung entri.
Cuma nak pesan, yang nak bershopping untuk raya tu, berpada. Sebab lepas hari raya akan ada hari lain untuk kita lalui. Jangan membazir sakan ye. 

Selamat hari raya, maaf zahir batin untuk para bloggers yang rajin singgah kat blog ni & pembaca senyap juga. Kalau main bunga api tu, hulur-hulurlah sikit kat aku ye. Hehehe. 

Kosong-kosong!





Sunday, June 7, 2015

Ini semua dugaan.






Aku rasa, antara dugaan yang terhebat ialah;
bila kau ada duit yang cukup-cukup untuk diri kau sendiri, tapi lepas tu muncul seorang insan yang perlukan duit. Memandangkan dia tak ada kerja, jadi tak ada duit. Tambah lagi, bergelar seorang anak perantau.

Memula akan terfikir, "kenapa aku nak kena tolong dia, sedangkan aku pun nyawa-nyawa ikan." Tapi lepas tu, akan timbul satu rasa. Perasaan tu, akan buat kau rasa serba-salah dan akhirnya kau akan tolong jugak walaupun kau sendiri 'hidup susah'. Dan bila difikir-fikir balik, orang tu bukan orang lain, keluarga kau sendiri jugak.

Mungkin awal-awal kau rasa yang diri kau tak ikhlas nak tolong, tapi lama-lama kau akan faham.. yang akan wujud orang yang lebih susah dari diri kau. Mungkin Allah hantar orang tu dalam hidup kita, untuk uji kita. Uji ketakwaan kita kepada Dia. Uji setinggi mana ikhlas kita bantu saudara sendiri. 


Paling penting, sentiasa percaya yang dalam setiap kesusahan yang kau lalui, akan ada kesenangannya kemudian hari. Senyum. 

Wednesday, May 27, 2015

Sebelum terlambat.




Kalau nak berubah,
usah ditunggu-tunggu,
usah ternanti-nanti.
Ajal tu bila-bila menjengah,
bukan masa kau dah sedia.

Nak berubah bukan secara drastik, tapi perlahan-lahan dan kau selesa dengan diri kau.

Muslimah, kerana maruah dirimu begitu berharga.

Aku bukan orang yang baik, sekadar nak menyampaikan apa yang patut aku sampaikan. Nak terima atau tidak, itu terpulang padamu.

Pesanku cuma satu,
ayuh, berubah ke jalan yang lebih baik.
Sungguh Syurga Allah itu lebih indah dari dunia sementara.


Sunday, April 19, 2015

Tubuh tanpa jiwa.




Bila dah terasa penat dengan permainan dunia ni,
mesti rasa nak putus asa terus.

Dah tak nak bangkit lagi.
Penat. Letih. Kecewa. Benci. Mengeluh.

Kemudian diakhiri dengan tangis.

Sampai ke tahap;

"Kenapa aku Tuhan?"

"Kenapa asyik aku je yang kena Tuhan?"

"Masih banyak lagi ke dosa aku terhadapMu, Tuhan?"


Langsung berharap yang diri ni robot, bukan manusia.
Robot tak ada perasaan, hati. Apa-apa yang terjadi di sekelilingnya takkan terkesan di hati.
Tapi manusia, mudah terguris perasaannya.

Kemudian, meratap sendiri lagi.

Friday, March 20, 2015

Fosil.






     Masa yang lalu selayaknya digelar fosil sejarah, yang terakam tajam pada sepasang mata, bersemadi rapi dalam otak. Kemudian, di satu masa sepasang bibir meluahkan kembali memori yang mana telinga pedih mendengar, sistem pernafasan sesak dek celaan manusia sekeliling.

     Kalau kita percaya dengan Tuhan, kita akan percaya dengan qada' dan qadarNya [ kehendak (Allah) dan takdir ]. Tak payah nak pertikai. Apa yang kita buat sebenarnya pilihan kita sendiri. Aku, kau, dia, kita semua dah buat pilihan kita sendiri. Kalau buat benda baik, itu kerana Allah. Kau buat benda jahat, itu kerana nafsu.

     Jangan kau marah bila perbuatan jahat kau orang lain tahu. Sedangkan, ada si polan yang buat jahat bertahun-tahun, tapi seorang pun tak tahu dan anggap si polan tu baik.

Kau nak tau tu apa maksudnya? 

     Allah nak bagi kau peluang untuk bertaubat kat dunia dan kembali ke SyurgaNya. Ejeken, kutukan, umpatan, cacian manusia tu kau buat tak tahu. Lantaklah mereka nak cakap apa pun. Dosa kau tu urusan kau dan Dia. Kalau kau percaya ada hikmahnya, kau akan bersabar dan takkan melawan. Bukankah ada pintu Syurga untuk orang yang bersabar?